Live your life, don’t stop until it’s done

Live your life, don’t stop until it’s done
Once you live for love then you’ve already won

When I look up through the infinite sky
I never thought that it would come to this
Just take my hand and together we’ll fly
Let’s go, I know, how high?

Soar above the clouds and see such beauty all around
This irreplaceable world needs us now
We have to join in the fight

Live your life like a KameHame-Ha
Give your all, don’t ever give up!
When we’re together, I know we can win
I have you to believe in!
Live your life, don’t stop until it’s done
Give your all, don’t ever give up
All you need is love and to believe in yourself
It’s easier when you believe

 

Don’t stop, don’t stop!

Dragon Soul!

Don’t stop, don’t stop! We’re in luck now!
Don’t stop, there’s so much to be found!
We can find paradise,
All we have to do is go! Go! Free your soul.

Mysteries abound made of a deep energy (energy).
Foes all around, But I will go fearless and free.
I’ll give you strength, You give me love. That’s how we’ll live. (that’s how we’ll live)
Courage won’t fade. If you’re with me, my enemies can never win.

We will fight for love and glory. We will live to tell the story.
There is nothing we can’t live through – Nothing ever dies; we will rise again.

Don’t stop, don’t stop! We’re in luck now!
Don’t stop, keep your spirit proud.
And ride upon the wind
All we have to do is go!

Don’t stop, don’t stop! We’re in luck now!
Don’t stop, there’s so much to be found.
We can find paradise.
All we have to do is go! Go! Free your soul.
Dragon Soul!

Barbarosa (Pirates of The Carribean) ialah pelaut Islam menjadi mangsa propaganda Barat

Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem ‘Pirates of The Carribean’, tentu ingat watak jahat ‘Barbarossa’ bukan? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksyen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan watak seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat).
The Barbarosa Brothers
Pada abad ke-15 Masihi, di Laut Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua-dua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.
Kebiasaannya ialah merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediterranean. Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.
Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?
Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua-dua adik-beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin belayar di kawasan perairan Greece dan Turki.
Awal Gerakan Barbarosa

Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara kejam oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bongsu Aruj dan Khairuddin terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat sedih dengan kematian adik bongsu mereka.
Sejak saat itu, mereka melakukan aksi lanun terhadap semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Aksi-aksi mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian. Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa BrothersPirates kerana kedua-duanya berjanggut merah.
Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun. Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau mengandungi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu’miniin, wahai Muhammad, empat nama khulafaur rasyidin, pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.
Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri daripada pasukan gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, berjuta-juta orang Islam dan Yahudi tewas dibantai pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.
PERJUANGAN JIHAD Barbarosa

Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama sekumpulan militan bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Algeria). Kemudian mereka membina pangkalan pertahanan laut di Algeria untuk menghalang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.
Khalifah Islam ketika itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kehebatan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada heroisme mereka. Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang amburadul.
HASUTAN PIHAK SEPANYOL

Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj. Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Algeria kepada Khairuddin untuk sementara. Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj sangat pilu kerana dia malah berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim. Akibatnya dia kurang menumpukan perhatian dan pasukannya kucar-kacir.
Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan dia gugur dalam pertempuran tersebut.
Dengan gugurnya Aruj, kepimpinan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir. Lalu, dengan yakin, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat pun berlaku, namun Khairuddin berjaya menewaskan pasukan laut tersebut.
Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary

Dengan meminimumkan ancaman dari negeri sekitar Algeria, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kuasa Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I pun setuju. Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Algeria dan sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugaskan untuk memimpin pasukan tentera elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.
Dalam masa kepimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berjaya melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu seperti haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan salibnya.
Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin oleh Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat. Pada masa yang sama, Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berjaya mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini membuat Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi keruan.
Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Kematiannya
Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang ketika itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal. Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah-tengah dan kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.
Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana dia tidak mahu berperang di laut lepas, mengingati kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.
Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Sepanyol-Genoa kembali menyerang Algeria dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim pelayaran, untuk mengelakkan pertemuan dengan Pasukan Barbarossa. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Algeria. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak menjangka bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.
Ketika itu pula tiba-tiba badai laut dahsyat menghentam Laut Mediterranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.
Tahun 1565, di penghujung usia, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul. Berhampiran kuburnya dibina sebuah masjid dan madrasah untuk mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih dijaga untuk menjadi bukti kepahlawanan Khairuddin atau dikenali sebagai Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.

Solat Gerhana Bulan

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan

(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah

atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :

i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.

ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.

iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

 

Matla’ Badrain.

Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.

Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L

Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

http://www.islamweb.net

Gerhana Bulan Malam ini

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

Dipetik dari: http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-bulan-penuh-10-disember-2011

Sikap kita

Boleh kah kita sedap duduk minum teh tarik sambil membaca surat khabar di warong… sedangkan saudara-saudara kita bergelimpangan di atas jalan hadapan warong kerana cedera akibat kemalangan jalan raya -semoga Allah merahmati mereka-… “Polis dan bomba dah ada, biar mereka uruskan.” Agaknya itulah kata mereka. Itulah realiti sebahagian kita rakyat Malaysia. Apabila berlaku kemalangan jalan-raya, seboleh-bolehnya tidak mahu melibatkan diri untuk membantu, biarkan mereka! Itu salah mereka bawak laju-laju.. rasakan.. padan muka awak!

Inikah sebenarnya sikap kita?

Muslim yang Luar Biasa

Biasanya kerja-kerja yang rutin setiap hari itu dinamakan kerja yang biasa. Hasil daripada usaha tersebut pun biasa juga. Tetapi apabila seseorang itu melakukan kerja-kerja yang jarang-jarang dilakukan, bahkan belum pernah dibuat lagi, sehingga hasil yang diperolehi itu berganda-ganda dan diluar jangkaan, itu dinamakan kerja yang luar biasa. Iaitu kerja yang luar dari kebiasaan yang biasa dibuatnya.

Oleh itu, seseorang yang melakukan kerja-kerja yang biasa-biasa akan mendapat hasil yang biasa-biasa. Adapun seseorang yang berkerja yang biasa-biasa kemudian menambah kerja-kerja yang luar dari kebiasaannya, maka hasilnya melebihi daripada apa yang biasa ia dapat.

Begitulah apa yang telah dilakukan oleh tentera Muslimin di zaman RasulUllah, para sahabat dan zaman selepas mereka. Untuk mencapai kemenangan ke atas tentera Rom dan Parsi adalah suatu pencapaian yang luar biasa kerana Rom dan Parsi mempunyai kekuatan tentera yang besar dan kuat. Tetapi ia tidak mustahil. Untuk itu, tentera Muslimin perlulah berusaha dan bekerja keras pada tahap yang luar biasa. Mereka menyumbang idea yang luar biasa, mereka bekerja luar biasa, menjangkaui masa dan tenaga mereka yang biasa. Dalam beribadah, mereka meningkatkan amalan solat dan doa mereka sehingga tahajjut di tengah malam sukar ditinggalkan. Keazaman mereka sungguh luar biasa berbanding keazaman mereka sebelum ini.

Kemenangan tentera Muslimin melawan Parsi dalam Perang Qaadisyyah adalah hasil usaha tentera Muslimin yang berfikir dan melakukan kerja-kerja yang luar biasa seperti menyolek dan menghiasi unta-unta dan kuda-kuda mereka dengan solekan yg menakutkan sehingga gajah-gajah tentera Parsi cabut lari ketakutan. Begitu juga kemenangan tentera Al-Fatih menawan kota Kostantinople, mereka berfikir dan bekerja secara luar biasa seperti mencipta meriam besar dan mengangkut kapal-kapal perang mendaki bukit. Solat dan ibadah mereka semasa perang sungguh luar biasa.

Satu soalan yang mahu ditujukan kepada pendokong jemaah dan parti ISLAM di MALAYSIA ialah, bolehkah kita mencapai kemenangan Islam di Malaysia ini sekadar hanya bergantung kepada kerja-kerja amal Islami yang biasa-biasa. JAWAPANNYA SEMESTINYA TIDAK! Kerana, mereka di seberang sana, sudah luar biasa arus tentangan mereka. Mana mungkin yang biasa berlawan dengan luar biasa. Luar biasa sudah semesti lawannya luar biasa juga.

Kita tidak akan menang dengan sekadar berceramah, berusrah, berinfak dan ber’facebook’. Itu kerja biasa! Apa yang luar biasanya? Yang luar biasanya ialah berceramah luar biasa, berusrah luar biasa, berinfak luar biasa dan ber’facebook’ luar biasa… bagaimana itu?

Ceramah yang luar biasa ialah dengan menukar kaedah, masa, tempat dan pendengar yang biasa-biasa. Seperti berceramah di pasar malam, pasar tani atau ditepi jalan. Begitu juga denga usrah. Lakukanlah usrah yang luar biasa, seperti usrah online yang tidak terbatas ahlinya, usrah bersama orang bukan Islam. Usrah di padang futsal, semasa kenduri kendara dan usrah bergerak.

Begitulah seterusnya idea-idea yang bernas dan gerak kerja yang luar biasa perlu digerakkan demi sinar Islam tersebar dan tertegak mengatasi agama-agama lain di dunia ini.

ليظهره على الدين كله

Mengharap kepada pangakahan di kertas undi tidak cukup untuk mengubah kerajaan yang zalim adalah tidak mencukupi. Perlu ada usaha luar biasa kerana arus tentangan itu luar biasa juga.Lakukan yang luar biasa itu dalam lingkukan kemampuan yang kita ada. Rakyat mesir telah melakukan yang luar biasa dengan berdemonstrasi sehingga jatuhnya Hosni Mubarak kerana mereka mampu melakukannya.

Apakah yang luar biasa yang mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia,  maka lakukanlah. Kemudian barulah bertawakkal kepada Allah.

Bint al-Shati’ Serikandi Islam Bersenjata Pena

Walaupun seorang yang kuat berpegang pada agama namun cinta antara lelaki dan wanita tidak pernah mengenal sesiapa,  apa yang membezakan kisahnya dengan kisah cinta yang lain ialah sempadan yang telah diletakkan menurut ajaran Islam dan bukannya menurut hawa nafsu. Kisah ini menunjukkan cinta sejatinya pada suaminya yang juga gurunya yang banyak memberi sumber inspirasi dan tunjuk ajar sepanjang hidup bersamanya. Tajuknya di atas jambatan antara hidup dan mati menggambarkan perjalanan saki baki kehidupan beliau menuju kearah kematian sebagaimana yang telah ditempuh oleh suaminya di alam baqa. Di dalam muqaddimah buku tersebut tercatat:

Terang jelas dalam diri kita,

Kita ialah petanda Allah yang Maha Besar

Menjadikan kita daripada diri yang satu

Kita adalah satu tidak berbilang-bilang

Satu individu yang tidak terbahagi

Kisah kita ialah kisah sepanjang zaman

Tidak pernah dunia mendengar seakannya sebelum ini

Yang jauh sekali akan berulang sehingga ke akhir zaman

… Oleh Hafid Imam Iman , PETIKAN DEWAN SASTERA DISEMBER 2011

Ia telah mengecut

syringomelia

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah yang memberi penyakit dan menyembuhkannya. Setelah melalui mesin MRI canggih yang dapat mengimbas dalaman badan secara lebih terperinci di HUSM Kubang Kerian, didapati ‘syringomelia’ yang terdapat dalam saraf tunjang isteri sudah mengecut dan tumor itu mengecil. Berbanding dengan keputusan MRI pada Januari 2011 lepas di HUKM, mendapati terowong air ‘syringomelia’ itu memanjang dari tengah dada hingga sama aras dengan pinggang.

Penyakit ini menyebabkab isteri tidak dapat berjalan hanya boleh berdiri sahaja dalam kadar sebentar. Apa yang lebih menyedihkan ialah kesakitan yang ditanggungnya semenjak bulan November 2010. Semoga Allah merahmati isteri ku ini dengan kesabarannya menahan kesakitan itu.

Dengan izin Allah, setelah lebih 10 bulan mengambilkan rawatan yang pelbagai diringi dengan doa dan harapan. Kesakitannya semakin berkurangan dan beliau mula menapak sedikit demi sedikit. Semoga Allah merahmatinya dan kami semua dengan memberinya kesihatan sepenuhnya serta memudahkan urusan kami. Ya Allah Tuhan yang Maha Penyembuh tiada siapa yang menyembuh melainkan Engkaulah Jua.