
Kerana sekeping roti, penulis novel Maghribi ini mencatatkan namanya di persada seni sastera antarabangsa. Menjalar namanya keserata rantau Arab dan meneroka benua Eropah. Kerana sekeping roti inilah, novelnya diharamkan penerbitannya di Mahgribi,Mesir dan negara-negara Arab lain. Setelah 10 tahun berlalu, maka barulah ia diterbitkan. Kritikan yang bertalu-talu menghentaknya, tetapi dalam masa yang sama pujian yang mencurah-curah juga datang. Apakah sebenarnya yang ditulis oleh Muhamad Shukri dalam novelnya ‘Kerana sekeping Roti!?
Antara petikan yang diambil dari novel ini ialah yang diterjemahkan seperti berikut:
“Si pemburu melempar roti itu ke dalam air… Aku menanggalkan baju dan seluarku lantas terjun ke dalam air. Aku berenang mendapatkan roti itu. Si pemburu ketawa… , lalu ku angkat kepalaku, aku berjaya menggenggam secebis roti itu di tanganku, kemudian ku lihat ketulan-ketulan najis manusia terapung-apung mengelilingiku, begitu juga tompokan-tompokan minyak. Lalu ke berenang ke arah tangga batu. Ku dapati ada lagi secebis roti dengan najis terapung sekelilingku. Fikiranku bercampur-baur antara roti dan najis…”
Oleh Hafid Imam Iman, PETIKAN DEWAN SASTERA SEPTEMBER 2011