KITA SALING MEMERLUKAN
20.3.2009 desa Pelajar UPSI, Proton City
الحمد لله العلي القدير السميع البصير الذي أحاط بكل شيء علما وهو اللطيف الخبير علم ما كان وما يكون وخلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادة نرجو بها النجاة في يوم النشور، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البشير النذير والسراج المنير صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن على طريقتهم يسير وسلم تسليما.
{ يا أيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالاً كثيراً ونساءً واتقوا الله الذي تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيباً} أما بعد،،
AKU BERPESAN KEPADA DIRIKU DAN SAUDARA SEKELIAN DENGAN FIRMAN ALLAH INI:
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Saudara muslimin sidang Jemaaah yang dirahmati Allah,
Saya percaya kita masih ingat dan hafal satu tajuk ilmu sains yang diajarkan oleh nenek moyang kita dahulu.
Tajuk ini diajarkan kepada kita dengan bentuk cerita yang menarik… diiringi dengan alunan suara yang menyeronokkan. Tajuk kisah ini ialah bangau oh bangau.
Ilmu ini telah disampaikan kepada kita dalam bentuk soal dan jawab.
Soalannya ..kenapa bangau kurus? Jawapannya .. kerana ikan tidak mahu timbul
kenapa ikan tak mahu timbul? Kerana rumput sudah panjang
begitulah seterusnya cerita ini dikaitkan dengan kerbau, nasi, kayu api, hujan, katak dan ular.
Apakah yang sebenarnya pengajaran yang ingin dibawa oleh datuk nenek kita selama ini? Apakah yang kita fikir semasa kita mendapat ilmu ini?
kita juga masih lagi ingat pelajaran sains di sekolah mengenai hubungan antara semua haiwan dan tumbuhan di sesuatu kawasan dengan alam sekitar atau istilah sainsnya “ekosistem”.
Sebenarnya…. apa yang kita telah pelajari ialah setiap mahkluk yang diciptakan melengkapkan kehidupan makhluk yang lain atau dengan erti kata lain masing-masing saling memerlukan.
Contoh yang paling mudah ialah: cacing dimakan puyuh agar puyuh terus hidup, puyuh pula dimakan ular agar ular terus hidup, kemudian ular dimakan helang agar helang terus hidup dan semua makluk ini memerlukan udara bersih untuk bernafas yang datang daripada pokok-pokok dan pokok bergantung hidup kepada air dan air datang daripada awan yang menurunkan hujan dan begitulah seterusnya ia bertimbal balik kerana inilah yang dinamakan SUNNATULLAH yang menjadikan makhluk saling perlu memerlukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita manusia juga adalah sebahagian daripada perkongsian hidup ini, saling memerlukan antara satu sama lain, kita adalah pemimpin dunia ini, kitalah yang bertanggungjwab untuk menjaga keharmonian hubungan kita dengan alam yang diciptakan Allah untuk kita semua.
Dan ingat, kita memerlukan alam ini untuk hidup, dan kita juga memerlukan antara sesama kita untuk hidup bukan hanya bergantung kepada alam sahaja seperti cahaya, udara dan air bahkan kita juga memerlukan manusia lain untuk melengkapkan kehidupan kita seterusnya.
Tanpa petani, kita tiada beras, tiada sayuran dan tiada buah-buahan. Tanpa nelayan kita tidak akan berlauk. Tanpa tukang jahit kita tidak berbaju. Tanpa tukang masak kita akan kelaparan. Tanpa penjual kita tidak ada bekalan makanan. Tanpa doktor kita merana kesakitan. Tanpa tentera kita diancam keselamatan. Tanpa pekerja yang melakukan pelbagai bidang pekerjaan di negara ini kita tidak akan dapat keperluan hidup yang yang sempurna dari pelbagai bentuknya, rupanya dan kelazatannya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pendek kata hidup ini sentiasa bergantung pada jasa dan pengorbanan orang lain.
Seorang yang mahu bebas daripada mengharap sumbangan orang lain lebih-lebih lagi dengan Allah pasti akan merasa sangat susah bahkan mungkin mati kelaparan. Demikianlah SUNNATULLAH, dijadikan manusia sentiasa terpaksa perlu kepada manusia yang lain agar mereka saling merasa terhutang budi dan perlu-memerlukan.
Agar mereka dapat hidup hormat menghormati dan berkasih saying,
janganlah si kaya memperkecilkan si miskin, janganlah si pandai menghina si bodoh, janganlah si kuat menghina si lemah, janganlah kita menyombong kepada hamba Allah yang lain, kerana orang yang diperkecilkan dan dianggap hina itu sebenarnya dialah yang berjasa kepada kita.
Mereka itu sangat kita perlukan dalam hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan merasakan keselesaan dan keistimewaa hidup seperti sekarang.
Oleh itu janganlah kita menyombong diri sesombong merak yang merasakan dirinya cantik, janganlah kita bongkak sebongkak kaum Samut yang musnah tidak sempat untuk bertaubat dan janganlah kita angkuh seangkuh Firaun walaupun diserang kutu-kutu, belalang-belalang dan katak-katak pejuang namun tetap ia angkuh seangkuhnya.
Mari kita perhati Firman Allah dalam surah al-Hujurat:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ …
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka..
ayat diturunkan terus keatas satu kumpulan bani Tamim yang telah mempersendakan sahabat-sahabat nabi yang miskin antaranya Ammar, Khabbab, Ibnu Fuhairah, Bilal, Suhaib, Salman dan Salim.
Firman Allah Taala Lagi dalam surah al-Isra’
وَلا تَمْشِ فِي الأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولا(37)
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
Adapun Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam bukunya “شعب الإيمان” bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا يحل لأحد أن يعير أحدا بذنب كان منه….
ولا أن يعيره بحسب مذموم ولا حرفة دنية ولا بشيء يثقل عليه إذا سمعه فإن إيذاء المؤمن في الجملة حرام… قال الله عز وجل وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا(58)
Tidak Halal bagi seseorang memalukan saudaranya dengan sebab dosa yang telah dilakukannya
Juga janganlah memalukannya kerana kekejiannya, kerana jijik perkerjaannya dan kerana masalah yang ditimpanya, sesungguhnya menyakiti saudara kita yang mukmin dengan perkataan adalah haram.
Sebagaimana firman Allah:
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. Al-Hazab ayat 58.
Oleh itu saudara,,
وإذا حُيِّيتم بتحية فحيُّوا بأحسن منها أو ردُّوها إن الله كان على كل شيء حسيبا.
نفعني الله وإيّاكم بالقرآن العظيم، وبهدي محمّد ، وأقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم الجليل لي ولكم ولسائر المسلمين من كلّ ذنب فاستغفروه، إنه هو الغفور الرحيم.
الخــــطبة الثــــــانية
الحمد لله المعروف بآياتِه، المتفرِّدُ بأسمائِه وصفاتِه، المشكورُ على عظيم عطاياه وجزيلِ هباتِه، تفرَّد بالخلق والتّدبير، وتوحَّد بالألوهيّة فهو نعمَ المولى ونعم النصير. وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، لا نعبد إلا إيّاه، ولا نتعلَّق بأحدٍ سواه، وأشهد أن سيّدَنا ونبيَّنا محمّدًا عبدُ الله ورسولُه وخليلُه ومصطفاه، صلّى الله وسلّم وبارك عليه، وعلى آله وأصحابه ومن والاه.
{يا أيها الذين آمنوا اتقوا اللهَ وقولوا قولاً سديداً، يُصْلِحْ لكم أعمالَكم ويَغفِرْ لكم ذنوبَكم ومن يطعِ اللهَ ورسولَه فقد فاز فوزاً عظيماً} أما بعد،،
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat dalam segala perkara, Supaya Ia memberi taufiq dengan
menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Suka saya mengingatkan satu wasiat yang disampaikan oleh al-Sultan Ibrahim bin Adham R.A. untuk kita tatapi bersama:
- sekiranya engkau melihat manusia begitu sibuk dengan mengejar dunia, maka sibukkanlah diri engkau pula dengan mengejar akhirat
- sekiranya mereka sibuk berhias-hias dengan mencantikkan luaran mereka, maka sibuklah engkau pula dengan menghiasi dalaman dirimu
- sekiranya mereka sibuk membina taman-taman dan istana-istana, maka sibukkanlah diri engkau pula untuk membina kubur.
- sekiranya mereka sibuk memberi khidmat kepada makhluk, maka sibukkanlah diri engkau pula memberi khidmat kepada Tuhan mu.
- sekiranya mereka sibuk membicara keaiban orang lain, maka sibukkanlah diri engkau pula membicara keaiban diri mu.
- dan jadikanlah dunia ini tabung simpanan untuk membolehkan kamu manfaatkannya di hari akhirat kelak, ingatlah dunia ini adalah ibarat kebun bagi akhirat.
اللهم صل وسلم على عبدك ورسولك نبينا محمد ،وارض اللهم عن الصحابة أجمعين وعن التابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، وعنا معهم بعفوك وإحسانك يا أرحم الراحمين. اللهم أعز الإسلام وانصر المسلمين ،وأذل الشرك واخذل المشركين، وانتصر لعبادك المظلومين، واجعل الدائرة على الظالمين، وآمنا في أوطاننا وأصلح أئمتنا وولاة أمورنا واجعلهم هداة مهتدين. واجعل اللهم ولايتنا فيمن خافك واتقاك واتبع رضاك يا أرحم الراحمين.
سبحانك اللهم وبحمدك نشهد ألا إله إلا أنت تستغفرك ونتوب إليك.
عباد الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي يعظكم لعلكم تذكرون فاذكروا الله العظيم الجليل يذكركم واستغفروه يغفر لكم واشكروه على نعمة يزدكم ولذكر الله أكبر والله يعلم ما تصنعون.