
SEMINAR KEBANGSAAN TULISAN JAWI Tema: “MEMARTABAT TULISAN JAWI KE ARAH MEMPERKAYA ILMU”
Tarikh: 25, 26 & 27 Ogos 2008
Tempat: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor
Ajuran bersama:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan
JAKIM
KPM
KPTM
Alumni SITC
Utusan Malaysia
Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 ini merupakan julung kali dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama PNM, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, JAKIM, KPM, KPTM dan Utusan Malaysia. Seminar ini bertujuan memuganrka kembali penggunaan Tulisan Jawi dan penataran dan perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, diharapkan Tulisan Jawi dapat dimartabatkan semula seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad yang lalu. Seminar ini juga meletakkan subtema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul Tulisan Jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.
SUBTEMA
- Perkembangan dan Sejarah Tulisan Jawi
- Teknologi dan Tulisan Jawi
- Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tulisan Jawi
- Terjemahan dan Peranan Tulisan Jawi Dalam Penyebaran Islam dan Perkembangan Bahasa Melayu
- Pendidikan Seni Khat
- Prospek Masa Hadapan Tulisan Jawi
Sebarang PERTANYAAN boleh menghubungi terus atau e-mel kepada:
Setiausaha Seminar
En. Taj Rijal Muhamad Romli
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tel Bimbit: 019-9496070,